Perintah membela diri Azilah_Hadri

Perbicaran di mahkamah selama 151 dari 4 Jun 2008 hingga 27 Jun 2008 melibatkan 84 saksi dan 6,000 halaman nota prosiding dan hujah bertulis pendakwaan dan pembelaan yang perlu diperiksa. Antara saksi yang dipanggil ialah pegawai penyiasat, pakar bom, pakar senjata api, ahli kimia, forensik, pegawai perubatan dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) serta kakitangan Celcom.[6]

Pada 31 Oktober 2008, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima keterangan bercanggah yang diberikan oleh Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri. Yusri ialah anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman . Percanggahan itu berlaku kerana pembunuhan berlaku 10 bulan sebelum itu. Namun keterangan Rohaniza dan Yusri adalah berwibawa.

Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Dengan itu tertuduh boleh diperiksa balas oleh pendakwaan. Keterangan yang diberikan dalam kandang tertuduh pula tidak akan diperiksa balas oleh pendakwaan.

Jika tertuduh memilih berdiam diri, tertuduh akan disabitkan dan dihukum mengikut penalti yang ditetapkan dalam seksyen yang tertuduh didakwa. Dalam kes ini, hukumannya ialah mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. [7]

Peguam bela Peguam Datuk Hazman Ahmad akan memangil tujuh saksi, iaitu Ketua Jabatan Digital Forensik di CyberSecurity Malaysia (NISER), Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin; DSP Musa Mohd Safri, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields, DSP Idris Abdul Karim serta tiga anggota polis lain dan seorang lagi teman wanita Azilah, Norazila Baharudin. Peluang Azilah bebas tuduhan membunuh Altantuya adalah “50-50”. [8]

Peguam bela Kamarul Hisham akan memanggil semula Balasubramaniam dan pengendali serta penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin untuk memberi keterangan berkaitan akuan bersumpah mereka. [9] Semua saksi berwibawa dan kelemahan teknikal akan digunakan bagi membebaskan Azilah Hadri.